Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

MetaTrader 5 (MT5)

Platform dagangan tercanggih yang pernah dibangunkan

MT5 ialah platform generasi baharu yang menawarkan fungsi dagangan maju, teknikal analisis dan fundamental yang komprehensif, serta keupayaan dagangan automatik untuk pengalaman dagangan yang lebih cekap.

MT5

Bawa dagangan Forex anda ke peringkat seterusnya.

Muat turun MT5 untuk PC dan laksanakan dagangan anda dengan cepat dan cekap. Sama ada anda seorang pemula atau pedagang berpengalaman, akses pelbagai pasaran kewangan, termasuk Forex, CFD, dan banyak lagi.

Ciri Terbaik MetaTrader 5

Dagangan Pelbagai Aset:
Berdagang Forex, CFD, dan banyak lagi di platform yang kuat dan intuitif.
Analitik Canggih:
Gunakan alat carta, indikator teknikal, dan data masa nyata untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih bijak.
Prestasi Dipertingkatkan:
Nikmati pelaksanaan lebih pantas, jangka masa baharu, dan carta yang dipertingkatkan.
Pengurusan Akaun yang Cekap:
Pantau baki, kendalikan posisi, dan tingkatkan strategi dengan lebih efisien.

MetaTrader 5 menyokong pelbagai jenis order.

1
Market Order

Market order dilaksanakan serta-merta pada harga pasaran semasa. Ini digunakan apabila pedagang ingin membeli atau menjual aset dengan segera.

2
Pending Order

Order ini akan dilaksanakan pada harga tertentu di masa hadapan. MT5 menyokong enam jenis pending order:

  • Buy Limit – Order beli yang diletakkan di bawah harga pasaran semasa.
  • Sell Limit – Order jual yang diletakkan di atas harga pasaran semasa.
  • Buy Stop – Order beli yang diletakkan di atas harga pasaran semasa, yang akan dicetuskan apabila harga mencapai tahap yang ditetapkan.
  • Sell Stop – Order jual yang diletakkan di bawah harga pasaran semasa, yang akan diaktifkan apabila harga mencapai tahap yang ditetapkan.
  • Buy Stop Limit – Gabungan antara stop order dan limit order; apabila harga mencapai tahap tertentu, limit order akan diletakkan.
  • Sell Stop Limit – Sama seperti buy stop limit, tetapi diterapkan secara terbalik untuk posisi jual.
3
Stop Order
  • Stop-Loss Order – Menutup dagangan secara automatik apabila harga mencapai tahap kerugian yang ditetapkan, mengurangkan risiko.
  • Take-Profit Order – Menutup dagangan secara automatik apabila harga mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan.
4
Trailing Stop Order

Trailing stop menyesuaikan diri secara dinamik apabila harga bergerak mengikut arah dagangan, mengunci keuntungan sambil mengurangkan kerugian.

MetaTrader 5 memudahkan dagangan dengan analisa intuitif, automasi, dan kemas kini masa nyata. Ia menawarkan carta lanjutan, alat pengurusan risiko, serta dagangan automatik melalui Expert Advisors (EA). Perkhidmatan isyarat membolehkan copy trading, manakala market depth dan harga Level II meningkatkan ketelusan. Dengan sokongan pelbagai aset dan akses merentas platform, MT5 memastikan pengalaman dagangan yang lancar dan cekap. MT5 boleh dimuat turun secara percuma pada pelbagai peranti, termasuk PC, Mac, sistem berasaskan Linux, dan peranti mudah alih.

Aset Dagangan Tersedia dalam MetaTrader 5

Forex

Forex (Pasangan Mata Wang) – Dagangkan pasangan mata wang utama, minor, dan eksotik seperti EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY dengan kecairan tinggi.

Saham

Akses pasaran saham global dan dagangkan saham syarikat utama seperti Apple, Tesla, dan Microsoft

Indeks

Dagangkan indeks saham utama seperti S&P 500, NASDAQ, dan FTSE 100 untuk membuat spekulasi terhadap prestasi pasaran secara keseluruhan.

Komoditi

Melabur dalam bahan mentah seperti emas, perak, minyak mentah, dan gas asli untuk kepelbagaian portfolio.

Mata Wang Kripto

Dagangkan aset digital seperti Bitcoin, Ethereum, dan Litecoin (ketersediaan bergantung kepada broker).

CFD (Kontrak untuk Perbezaan)

Berdagang pergerakan harga aset tanpa memilikinya, menawarkan fleksibiliti dalam pasaran yang tidak menentu.

Futures

Buat spekulasi terhadap harga masa depan komoditi, indeks, atau mata wang dengan kontrak leverage.

Bond

Dagangkan bond kerajaan dan korporat untuk lindung nilai risiko dan kepelbagaian pelaburan.

Kelebihan Berdagang dengan MTrading

Pelaksanaan Pantas & Selamat

Nikmati pelaksanaan pesanan berlatensi rendah dengan gelinciran minimum, memastikan dagangan yang tepat dan cekap.

Leverage Fleksibel

Akses pilihan leverage tinggi untuk memaksimumkan potensi dagangan sambil mengurus risiko dengan berkesan.

Akaun Tanpa Komisen

Dagangkan Forex, CFD, dan komoditi dengan spread kecil dan tanpa bayaran tersembunyi untuk pengalaman dagangan yang lebih kos efektif.

Alat Dagangan Lanjutan

Gunakan MetaTrader 5 dengan carta berkuasa, indikator teknikal, dan pilihan dagangan automatik untuk membuat keputusan yang lebih bermaklumat.

Cara Memulakan Dagangan dengan MT5

Ikuti tiga langkah mudah ini untuk mula berdagang dengan MTrading:

1
Buka Akaun Dagangan

Daftar atau log masuk ke MTrading. Akaun ini akan menjadi persekitaran dagangan peribadi anda, memberikan akses kepada semua alat kewangan yang diperlukan dalam satu tempat.

2
Pilih dan Pasang Platform Dagangan

Setelah akaun anda disediakan, pilih MT5 sebagai platform dagangan anda. Muat turun dan pasang perisian pada peranti pilihan anda.

3
Deposit Dana dan Mula Berdagang

Setelah akaun dan platform anda sedia, deposit dana ke dalam akaun dagangan anda. Pastikan anda memahami risiko yang terlibat dan pertimbangkan untuk bermula dengan akaun demo bagi berlatih sebelum berdagang dengan wang sebenar. MTrading menyediakan sumber pendidikan untuk membantu anda memulakan perjalanan dagangan anda dengan yakin.

MetaTrader 5 (MT5) untuk PC – Soalan Lazim (FAQ)

Apakah keperluan sistem untuk MT5 pada PC?

Sebelum memuat turun dan memasang MT5, pastikan PC anda memenuhi keperluan minimum berikut:

  • Sistem Operasi: Windows 7/8/10/11 (32-bit atau 64-bit)
  • Pemproses: 1 GHz atau lebih tinggi
  • RAM: 1 GB atau lebih
  • Ruang Cakera Keras: Sekurang-kurangnya 50 MB ruang kosong
  • Resolusi Paparan: 1024x768 piksel atau lebih tinggi


Sambungan Internet: Stabil dan pantas untuk dagangan masa nyata

Bagaimana cara menyediakan akaun dagangan MT5?

Setelah MT5 dipasang pada PC anda, ikuti langkah mudah ini untuk mula berdagang:

  • Pilih antara akaun demo (untuk berlatih dengan dana maya) atau akaun sebenar (untuk dagangan wang sebenar).
  • Sambung ke MTrading dengan log masuk ke akaun anda.
    Mula berdagang dan urus portfolio anda terus dari platform MT5.

Mengapa saya perlu memilih MT5 untuk dagangan?

MT5 menawarkan ciri-ciri canggih dan fleksibiliti untuk semua pedagang. MetaTrader 5 mempunyai interface yang mesra pengguna dengan reka bentuk intuitif yang memudahkan navigasi bagi pedagang pada semua peringkat. Ia menyokong pelbagai broker dan CFD, membolehkan pengguna berdagang indeks saham, komoditi, dan pasangan mata wang dengan lancar. Dengan pilihan carta yang maju, pedagang boleh menyesuaikan pelbagai jenis carta dan rangka masa mengikut strategi dagangan mereka. Muat turun MT5 sekarang dan mulakan perjalanan dagangan anda dengan yang terbaik dalam industri!

Tingkatkan Perdagangan Anda ke Tahap Lebih Tinggi
Mula berdagang