Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
Denis Sergienko • Hari Ini

Kenaikan AUDUSD kehilangan momentum selepas data KDNK Australia

Kenaikan AUDUSD kehilangan momentum selepas data KDNK Australia

AUDUSD bergelut untuk kekal di atas garis sokongan yang telah bertahan selama tiga minggu, selepas berbalik arah daripada paras tertinggi beberapa hari pada hari sebelumnya. Ini berlaku walaupun KDNK Australia bagi suku pertama 2022 meningkat melepasi ramalan pasaran yang pesimis, dengan angka suku ke suku sebanyak 0.8%. Namun begitu, penjual pasangan AUDUSD memerlukan pengesahan daripada garis sokongan terdekat, sekitar 0.7145, untuk mencabar paras anjakan Fibonacci (Fibo.) 23.6% bagi penurunan April-Mei, sekitar 0.7025. Walau bagaimanapun, harga mungkin sukar untuk turun melepasi 0.7025 kerana kawasan sokongan luas pada 0.6965-0.6950 kelihatan sukar ditembusi oleh penjual pasangan ini. Jika kawasan itu ditembusi, paras terendah tahun ini yang dicatatkan pada Mei, sekitar 0.6830, boleh diperbaharui.

Sementara itu, pergerakan pemulihan memerlukan pengesahan daripada paras DMA 100 sekitar 0.7230, serta paras tertinggi Mei berhampiran 0.7265. Selepas itu, kenaikan ke paras Fibo 61.8% berhampiran 0.7345 mungkin berlaku dalam masa terdekat. Namun, paras tertinggi yang dicatatkan masing-masing pada Mac dan akhir April, sekitar 0.7440 dan 0.7455, akan mencabar pembeli AUDUSD sebelum menghala ke paras tertinggi April, yang juga paras tertinggi tahun ini, berhampiran 0.7660.

Secara keseluruhan, AUDUSD baru-baru ini menunjukkan isyarat pembetulan yang dinanti-nantikan, dan penurunan selanjutnya mungkin berlaku. Namun, harga masih menantikan dorongan daripada laporan NFP AS. Oleh itu, pedagang perlu membuat pertimbangan sendiri.

Ikuti kami di FB dan Twitter untuk mengikuti perkembangan terkini peristiwa pasaran.