Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
Denis Sergienko • Hari Ini

EURUSD kekalkan penembusan corak megafon menurun pada hari ECB

EURUSD kekalkan penembusan corak megafon menurun pada hari ECB

EURUSD melanjutkan lantunan awal minggu daripada paras terendah 22 bulan, sambil kekal di atas penembusan corak pelebaran menurun pada hari sebelumnya, ketika pedagang bersiap sedia menghadapi mesyuarat dasar monetari Bank Pusat Eropah (ECB). Memandangkan MACD dan RSI semakin baik sejak kebelakangan ini, pemulihan pasangan itu berkemungkinan menuju kawasan mendatar yang terbentuk sejak enam minggu lalu antara 1.1100 dengan 1.1125. Namun, 100-SMA dan beberapa paras yang ditandakan sejak 25 Januari, masing-masing sekitar 1.1190 dan 1.1270, akan menguji pembeli pasangan itu.

Sementara itu, garis corak megafon yang bertukar daripada rintangan kepada sokongan, sekitar 1.1015 pada paras terakhir, akan mengarahkan EURUSD ke garis sokongan menaik yang terbentuk sejak tiga hari lalu, berhampiran 1.0920. Jika penjual pasangan itu berjaya menembusi sokongan terdekat, paras terendah beberapa bulan terkini berhampiran 1.0800 dan paras terendah April 2020 sekitar 1.0725 mungkin menjadi sasaran mereka. Namun, perlu diingat bahawa penjual mungkin sukar menembusi paras 1.0700, yang merangkumi garis bawah corak megafon. Harga mungkin melantun dari paras itu jika faktor asas menyokongnya.

Kesimpulannya, ECB dijangka secara meluas mengekalkan dasar monetari semasa tanpa perubahan dan mungkin menerima hakikat risiko stagflasi, terutamanya disebabkan ketegangan antara Rusia dengan Ukraine. Namun, sebarang kejutan positif mungkin mencetuskan pergerakan menutup posisi jual apabila harga didagangkan berhampiran paras terendah beberapa bulan.

Ikuti kami di FB dan Twitter untuk mengikuti perkembangan terkini peristiwa pasaran.