Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

4 sebab untuk mendapat manfaat daripada dagangan dalam talian

Seiring dengan perkembangan teknologi moden, dagangan dalam talian telah berkembang menjadi bidang tersendiri yang menawarkan pelbagai peluang bukan sahaja kepada pelabur dan pedagang profesional, malah juga kepada orang baharu. Dengan menggunakan platform dagangan canggih, pengguna tidak lagi memerlukan orang tengah seperti broker perkhidmatan penuh dan broker yang mengendalikan urus niaga secara langsung. Dari satu sudut, ini bermakna kos dagangan yang lebih rendah. Dari sudut yang lain, pedagang mendapat kawalan penuh terhadap kewangan dan aset mereka.

None

Platform dagangan dalam talian memberikan fleksibiliti maksimum kepada pengguna dengan membolehkan mereka memilih daripada pelbagai instrumen dagangan, termasuk pasangan mata wang, saham, indeks utama, komoditi, niaga hadapan, CFD dan sebagainya. Selain itu, pengguna mendapat akses penuh kepada pelbagai indikator teknikal dan sumber pendidikan yang membantu mereka memperoleh pengalaman kewangan yang diperlukan untuk berdagang dalam pasaran dalam talian pada apa-apa peringkat.

Maksud dagangan dalam talian

Sebelum membincangkan manfaat utama dagangan dalam talian, kita perlu memahami maksudnya. Teknologi mudah alih dan web tidak sentiasa menjadi kuasa dominan yang mempengaruhi pelbagai bidang, termasuk pasaran kewangan. Dahulu, pedagang menyampaikan pesanan “beli” atau “jual” melalui broker yang mengendalikan urus niaga secara langsung atau firma broker yang menguruskan semua peringkat proses dagangan bagi pihak pelanggan mereka.

Keseluruhan proses itu agak rumit dan mengakibatkan pelbagai halangan serta masalah. Oleh sebab itu, hanya segelintir pelabur profesional masih menggunakan kaedah dagangan konvensional ini, manakala kebanyakan pedagang telah beralih kepada dagangan dalam talian. Platform dagangan web dan mudah alih memudahkan mereka membuat pesanan beli dan jual, menyemak status pesanan, menjalankan kajian pasaran serta mengikuti berita dan analisis terkini. Selain itu, dagangan dalam talian dilihat sebagai penyelesaian yang menjimatkan kos untuk pelabur dan pedagang yang masih berurusan dengan broker dalam talian, tetapi melalui cara yang berbeza.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

4 kelebihan dagangan dalam talian

Berikut ialah empat sebab utama dagangan dalam talian mungkin menjadi pilihan yang lebih baik berbanding menggunakan khidmat broker perkhidmatan penuh:

  1. Penyelesaian yang menjimatkan kos – pesanan dilaksanakan dengan lebih pantas melalui dagangan dalam talian. Selain itu, pilihan ini lebih murah kerana pedagang tidak perlu menanggung yuran dan kos operasi broker.
  2. Tiada orang tengah – pedagang tidak perlu menggunakan khidmat broker perkhidmatan penuh atau firma broker yang mengendalikan urus niaga secara langsung. Dengan kata lain, dagangan dalam talian menghapuskan keperluan untuk menggunakan orang tengah. Broker dalam talian menawarkan penyelesaian yang lebih fleksibel dan menyeluruh, dengan semua alat utama tersedia dalam satu pakej.
  3. Kawalan penuh terhadap pelaburan – salah satu manfaat utama ialah keupayaan untuk mengawal sepenuhnya pelaburan anda. Dagangan dalam talian membolehkan anda membeli dan menjual aset pada bila-bila masa. Pelabur boleh membuat keputusan sendiri dan mengenal pasti sumber yang berpotensi memberikan keuntungan.
  4. Pemantauan masa nyata – dagangan dalam talian membolehkan anda memantau semua pelaburan dalam masa nyata. Anda sentiasa dapat mengetahui prestasi dan risiko berdasarkan kajian tertentu serta penggunaan alat dagangan seperti indikator teknikal.

Cara dagangan dalam talian berfungsi

Prosesnya agak mudah. Apabila anda membuat pesanan, sistem akan mendaftarkannya secara automatik dan menyimpannya dalam pangkalan data bersama pesanan lain. Platform akan mencari penjual dan pembeli yang paling sepadan, kemudian menghubungkan mereka. Setelah padanan ditemui, kedua-dua pihak akan menerima pemberitahuan pengesahan, manakala pesanan bersama aset dan harganya akan dilaporkan kepada pihak pengawal selia. Jika tiada masalah, urus niaga akan berjaya diselesaikan.

Sebelum mula berdagang dalam talian, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara utama yang dapat membantu anda memulakan langkah:

  • Pilih Aset untuk Didagangkan – sesetengah pedagang baharu melakukan kesilapan biasa dengan memilih strategi terlebih dahulu. Itu tidak betul. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah memilih aset untuk didagangkan, kemudian menggunakan strategi yang paling sesuai berdasarkan kajian khusus, analisis teknikal dan data penting yang lain.
  • Ketahui Cara Berdagang Aset yang Dipilih – langkah seterusnya ialah merangka strategi dagangan. Akaun Demo percuma mungkin berguna pada peringkat ini kerana anda berpeluang menguji beberapa pendekatan dalam keadaan pasaran sebenar tanpa menggunakan wang sebenar.
  • Mula Berdagang – selepas anda selesai memperkemas strategi, tiba masanya untuk membuka akaun Live dan mula berdagang aset yang dipilih. Pada peringkat ini, keputusan pelaburan yang bijak akan menentukan kejayaan anda pada masa hadapan. Jadi, pastikan anda menggunakan pelbagai instrumen dagangan seperti corak, carta dan alat lain untuk meningkatkan pendapatan anda.

Kesimpulannya

Dagangan dalam talian ialah cara yang lebih murah dan pantas untuk berdagang pelbagai aset berbanding firma broker fizikal dan orang tengah yang menawarkan perkhidmatan penuh. Pedagang boleh menikmati kos yang lebih rendah, pelaksanaan pesanan yang lebih pantas, kawalan penuh terhadap pelaburan serta akses kepada sumber tambahan termasuk berita, analisis pasaran dan analisis teknikal. Pada masa yang sama, fleksibiliti yang lebih tinggi dan kemudahan penggunaan tidak menjamin keuntungan yang tinggi. Risiko kerugian sentiasa wujud. Oleh itu, anda perlu menggunakan strategi pengurusan risiko yang terbukti berkesan dan terus belajar.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.