Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

5 cara perniagaan mendapat manfaat daripada mata wang kripto

Dengan pelancaran mata wang kripto, peserta pasaran boleh memanfaatkan pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh mata wang kripto. Pasaran ini berkembang pesat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, BTC telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa, dengan permodalan pasaran yang sangat besar, melebihi $500 bilion.

None

Pada masa yang sama, semakin banyak perniagaan mengintegrasikan Bitcoin dan syiling lain ke dalam ekosistem kewangan mereka bagi memenuhi keperluan bakal pelanggan yang semakin meningkat. Kebanyakan perusahaan masih bergantung pada mata wang fiat. Namun begitu, pada suatu ketika nanti, mereka perlu mengubah model perniagaan agar lebih fleksibel dan menerima kripto. Jika tidak, mereka mungkin ketinggalan.

Dalam artikel ini, kami akan meneliti 5 kelebihan mata wang kripto yang paling penting dan boleh dijangka dinikmati oleh perniagaan dalam jangka pendek.

Manfaat utama mata wang kripto

Banyak yang telah diperkatakan tentang manfaat kripto kepada pengguna individu, yang boleh menikmati transaksi terdesentralisasi yang lebih selamat dan diproses dengan lebih pantas tanpa mengira lokasi. Pelabur berjaya memperoleh pulangan yang besar.

Namun, kelebihan mata wang kripto kepada perniagaan jarang dibincangkan. Sesetengah syarikat masih belum menyedari potensinya atau sekadar bimbang untuk bergantung pada syiling yang tidak disokong oleh mata wang sebenar. Sesetengah perniagaan pula tidak mahu mengubah model konvensional.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Jadi, kami telah menyenaraikan 5 manfaat utama kripto untuk pemilik perniagaan.

1. Capaian lebih luas

Syiling utama menawarkan cara yang pantas dan lancar untuk menyelesaikan transaksi tanpa mengira lokasi. Selain itu, pengguna boleh menikmati yuran dan komisen yang lebih rendah. Inilah yang menjadikan mata wang kripto pilihan yang baik untuk bakal pembeli.

Jika sesebuah perniagaan memutuskan untuk menyepadukan kripto sebagai salah satu kaedah pembayaran yang tersedia, langkah ini pasti membuka peluang baharu. Lagipun, semua syarikat mahu mencapai lebih ramai pelanggan.

2. Kos lebih rendah

Ini merupakan salah satu manfaat utama mata wang kripto. Perniagaan boleh memilih sama ada untuk berurusan dengan pengguna melalui orang tengah (bank) atau secara langsung. Pilihan kedua bermakna yuran transaksi dan risiko kegagalan yang lebih rendah. Ini boleh menjadi manfaat penting bagi perniagaan kecil yang amat terkesan dengan caj yang tinggi dan komisen tambahan yang dikenakan bukan sahaja oleh bank, malah oleh e-dompet dan perkhidmatan pemprosesan pembayaran lain.

3. Urusan rentas sempadan yang lancar

Kelebihan ini berkait dengan kelebihan yang pertama. Kebanyakan peniaga baharu beranggapan bahawa mereka boleh mengendalikan sebarang transaksi tanpa mengira negara asal pelanggan mereka. Hakikatnya, perniagaan perlu sentiasa mengambil kira lokasi geografi. Setiap rantau mempunyai batasan, sekatan dan sebagainya yang tersendiri. Selain itu, sesetengah negara mungkin tidak menyokong kaedah pembayaran tertentu yang anda gunakan.

Mata wang kripto dapat menyelesaikan masalah ini. Anda boleh menawarkan perkhidmatan dan produk di peringkat antarabangsa, sementara nilai syiling sentiasa sama. Kadar pertukaran adalah sama di setiap rantau, jadi hasil anda tidak terjejas oleh peristiwa geopolitik atau peristiwa lain yang biasanya mempengaruhi kadar pertukaran mata wang konvensional.

4. Penipuan caj balik yang berkurangan

Banyak perniagaan berdepan dengan situasi apabila pelanggan membuat pesanan produk kemudian membatalkan pembayaran. Hal ini selalunya berlaku selepas pelanggan menggunakan barang tersebut. Bergantung pada produk yang anda jual, perkara ini boleh mengakibatkan kerugian yang besar.

Perkara ini tidak akan berlaku dengan kripto. Caj balik merupakan masalah bagi mata wang fiat. Transaksi yang telah diselesaikan menggunakan syiling tidak boleh dibatalkan. Satu-satunya cara untuk pelanggan mendapatkan bayaran balik adalah dengan menghubungi pemilik perniagaan secara langsung.

5. Perlindungan privasi yang lebih baik

“Kami mengambil berat tentang privasi anda” – slogan yang digunakan oleh banyak syarikat untuk menarik lebih ramai pelanggan. Hakikatnya, mereka tidak dapat berbuat banyak untuk melindungi keselamatan digital selain menggunakan beberapa alat standard seperti protokol HTTPS, penyulitan 128-bit dan sebagainya.

Namun, langkah-langkah itu tidak akan dapat melindungi pengguna daripada kebocoran data yang mendedahkan data peribadi mereka dan menyebabkan dana dicuri. Dengan mata wang kripto, pengguna dijamin 100% tanpa nama. Jadi, jika sesebuah perniagaan benar-benar mengambil berat tentang privasi pelanggan, penggunaan kripto akan meningkatkan nilai data peribadi.

Kesimpulannya

Mata wang kripto masih jauh daripada menjadi kuasa dominan dalam pasaran kewangan. Namun, kemajuannya jelas kelihatan. Kini, semakin banyak syarikat dapat meneroka manfaat mata wang kripto secara langsung. Teknologi ini menawarkan capaian yang lebih luas, kos yang lebih rendah, transaksi rentas sempadan dan keselamatan data peribadi.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.