Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Cara Berdagang Saham dengan MTrading dalam 3 Langkah Mudah

Artikel yang sedang anda baca ini bukan sekadar panduan untuk berdagang saham yang mengandungi maklumat asas dan isu umum untuk dibincangkan. Misi kami adalah untuk menunjukkan kepada anda cara berdagang saham dalam talian dengan hanya beberapa langkah. Anda bukan sahaja akan mengetahui perbezaan antara pedagang saham dengan pelabur, malah mengetahui maksud sebenar dagangan saham dan cara ia berfungsi.

None

Kebanyakan pedagang baharu sering terpengaruh dengan gambaran karikatur yang lazim, yang menunjukkan sekumpulan besar pedagang saham melaungkan “beli” atau “jual” di hadapan monitor besar seperti dalam filem tentang Wall Street. Namun, gambaran itu tidak semestinya mencerminkan dagangan saham yang sebenar.

Selain itu, bukan semua orang yang terlibat dalam penjualan atau dagangan saham sebenarnya seorang pedagang. Semua peserta pasaran saham tergolong dalam dua kumpulan berbeza: pedagang dan pelabur. Teruskan membaca untuk mengetahui perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini.

Apakah Itu Saham?

Sebelum kita mendalami butiran, istilah dan definisi, mari kita jelaskan maksud saham. Pastikan anda memahami cara instrumen ini bergerak dalam pasaran dan manfaat yang boleh ditawarkannya.

Saham bukan sekadar sekeping kertas fizikal yang dikeluarkan oleh syarikat. Saham ialah pelaburan dalam perniagaan tertentu. Apabila anda membeli saham, anda juga membeli sebahagian pemilikan dalam syarikat tersebut. Dengan kata lain, anda memiliki bahagian itu dan sebahagian daripada syarikat itu sendiri. Itulah sebabnya pakar lazimnya mengaitkan saham dengan “ekuiti”, kerana pemegang saham memiliki sebahagian kecil daripada syarikat.

Harga ialah unsur utama saham. Harga sahaja yang penting bagi pelabur dan pedagang. Semakin baik prestasi sesebuah syarikat, semakin tinggi harga sahamnya.

Contohnya, katakan Apple baru sahaja melancarkan sebuah lagi telefon pintar yang bakal menjadi produk terlaris. Jualan meningkat seiring dengan kenaikan harga saham syarikat itu. Ini bermakna pendapatan mereka yang sudah memiliki saham Apple turut meningkat.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Pada ketika ini, kita dapat melihat perbezaan antara pelabur dengan pedagang saham.

Pedagang Saham berbanding Pelabur

Berdasarkan contoh di atas, pemegang saham boleh bertindak dalam dua cara:

  1. Menyimpan saham untuk menerima komisen bulanan atau tahunan yang lebih tinggi.
  2. Menjual saham untuk mendapat manfaat daripada perbezaan antara harga saham ketika dibeli dengan harga jualannya.

Jika anda memilih pilihan pertama, anda boleh menganggap diri anda sebagai pelabur. Jika pilihan kedua lebih sesuai untuk anda, anda ialah pedagang saham.

Namun, harga saham mungkin jatuh jika prestasi syarikat merosot atau berlaku krisis kewangan. Faktor lain seperti keadaan geopolitik dan sosial juga boleh mempengaruhi harga. Ketahui lebih lanjut cara berdagang ketika pasaran merosot.

Sebagai bakal pedagang saham, anda perlu memahami dengan jelas risiko yang mungkin dihadapi.

Kelebihan dagangan saham:

  • Potensi keuntungan yang tinggi untuk pedagang dan pelabur.
  • Mudah untuk mengenal pasti syarikat yang kukuh dan harga sahamnya berkemungkinan meningkat.

Kekurangan dagangan saham:

  • Saham tidak mempunyai kepelbagaian. Jika sesebuah syarikat mengalami kejatuhan, harga asetnya juga akan jatuh, lalu mengakibatkan kerugian kewangan yang besar.

Memandangkan anda sudah mengetahui asasnya, mari kita mendalaminya dan mempelajari cara berdagang saham dalam amalan.

Apakah maksud dagangan saham?

Dagangan saham ialah proses membeli dan menjual saham. Tujuan utamanya adalah untuk mengambil peluang daripada turun naik harga harian. Hal ini biasanya merujuk kepada strategi dagangan jangka pendek. Daripada membeli saham syarikat bertaraf tinggi dan menyimpannya untuk tempoh yang lama (bertahun-tahun atau bahkan berdekad-dekad), pedagang harian cuba memperoleh sedikit keuntungan dalam masa beberapa minit, jam atau hari.

Terdapat dua cara untuk berdagang saham:

  • Apa yang dipanggil “dagangan di lantai bursa” ialah dagangan di bursa secara langsung, seperti di Wall Street. Dalam dagangan ini, broker akan mengikut arahan anda untuk membeli atau menjual saham tertentu. Jika transaksi berjaya, broker akan menghantar seorang kerani untuk berunding tentang harga dengan pedagang. Anda akan menerima saham selepas harga dipersetujui.
  • Dagangan dalam talian ialah alternatif yang lebih mudah dan fleksibel berbanding dagangan di lantai bursa. Anda juga perlu mencari broker. Namun, kelebihan utamanya ialah anda boleh mengakses semua instrumen dagangan melalui satu platform dalam talian tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat.

Tidak perlu dikatakan lagi, dagangan dalam talian ialah pilihan terbaik, terutamanya bagi mereka yang baharu dalam pasaran kewangan dan dagangan saham. Anda boleh berdagang dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih cara untuk berdagang saham.

Jenis dagangan saham

None

Cara anda berdagang saham akhirnya akan menentukan strategi dagangan keseluruhan anda. Dalam hal ini, terdapat dua pilihan utama:

  • Dagangan harian – strateginya agak mudah, sama seperti bermain “kentang panas”. Anda perlu membuka dan menutup banyak posisi bagi saham yang sama dalam beberapa jam atau bahkan beberapa minit.
  • Dagangan aktif – strategi ini melibatkan penjualan kira-kira 10 saham sebulan. Kaedah ini biasanya bergantung pada pemasaan pasaran. Anda perlu menggunakan peristiwa jangka pendek untuk memahami pergerakan harga dalam masa terdekat. Di sinilah analisis teknikal dan penunjuk dagangan memainkan peranan penting.

Kini, anda sudah bersedia untuk bermula.

3 Langkah Mudah untuk Berdagang Saham

Sebelum bermula, pastikan anda telah menetapkan matlamat dagangan yang sesuai. Matlamat ini akan membantu anda kekal fokus dan berpegang pada jenis dagangan yang dipilih. Untuk memasuki pasaran saham, anda memerlukan:

Langkah 1 – Pilih broker

Ini langkah penting dan mungkin paling mencabar bagi setiap pemula. Dengan begitu banyak tawaran di internet, memilih broker yang boleh dipercayai mungkin terasa sukar. Untuk memilih broker yang paling sesuai, pertimbangkan ciri-ciri berikut:

  • Keadaan dagangan yang baik.
  • Platform dagangan yang canggih.
  • Jaminan dan sekuriti.
  • Bonus dan tawaran istimewa.
  • Pelbagai instrumen dagangan.

Dengan MTrading, anda akan menikmati dagangan yang selamat dan bermanfaat tanpa mengira strategi atau kaedah yang digunakan. Kami menawarkan keadaan dagangan yang baik, platform responsif dengan teknologi terkini serta lebih daripada 20 instrumen dagangan, termasuk saham dan CFD.

Langkah 2 – Buka akaun demo

Jangan risau. Akaun ini percuma sepenuhnya. Anda tidak perlu memberikan maklumat kad kredit atau bil. Ini peluang anda untuk menguji strategi dagangan dalam keadaan pasaran sebenar dengan semua alat yang disediakan oleh broker. Akaun demo membolehkan anda menguji kemahiran dan memperoleh pengetahuan yang diperlukan tentang pasaran saham tanpa risiko.

Langkah 3 – Mula Berdagang

Kini, anda bersedia untuk membuka akaun Langsung dan memperoleh keuntungan sebenar. Jangan lepaskan tawaran istimewa dan bonus deposit untuk mendapatkan wang tambahan dalam baki akaun anda sejak awal.

Semoga berjaya!

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.