Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Adakah anda baru mula berdagang dan sedang meneroka dunia dagangan, tetapi berasa terbeban dengan istilah seperti bida, permintaan dan henti rugi? Atau adakah anda sudah yakin berdagang tetapi masih perlu memahami satu dua perkara untuk mengelakkan kesilapan yang boleh merugikan anda? Mungkin juga anda sedang mencari perkara yang terlepas pandang ketika mula berdagang, tetapi kini perlu diketahui untuk menambah baik strategi anda.

Kami telah mengumpulkan senarai definisi dagangan yang lazim untuk memenuhi semua keperluan ini. Gunakannya dengan bijak!
Program ini digunakan untuk memantau dan berdagang dalam pasaran kewangan dengan bantuan algoritma. Program ini mengenal pasti peluang berdasarkan parameter yang ditetapkan oleh pedagang.
Untuk mengaktifkan dan mengkonfigurasi Penasihat dalam MTrading MT4, pedagang perlu memilih “Options” daripada menu utama “Tools”. Kemudian, pergi ke tab “Expert Advisors” dan pastikan pilihan “Allow automated trading” ditandakan.
Pembelian dan penjualan aset secara serentak untuk mengambil kesempatan daripada spread, iaitu perbezaan antara harga beli dengan harga jual, atau perbezaan harga antara broker. Amalan ini dianggap menyalahi undang-undang di banyak tempat.
Juga dikenali sebagai kadar tawaran. Harga yang dipersetujui untuk membeli mata wang atau aset.
Kepelbagaian pegangan sekuriti anda merentas sektor atau instrumen yang berbeza untuk menggalakkan pertumbuhan optimum dalam lingkungan profil risiko anda.
Averaging ialah proses membuka posisi tambahan dengan volum standard atau lebih besar selepas pelaksanaan dagangan pertama bagi mengekalkan perbezaan purata yang boleh diterima antara harga pembukaan dengan pesanan ambil untung. Teknik ini sering digunakan oleh pedagang berpengalaman.
Ini ialah salah satu pilihan untuk memaparkan carta harga dalam terminal. Sebenarnya, ia ialah satu garis menegak yang pendek. Dengan mengklik pilihan "bar", pedagang dapat melihat dengan jelas perkara yang digambarkan oleh carta ini dalam tempoh masa yang dipilih.

Mata wang: Dalam pasangan mata wang, mata wang pertama ialah mata wang asas. Mata wang inilah yang dibeli atau dijual.
Contoh: EUR\USD, mata wang asas ialah EUR
Ini ialah kadar faedah minimum yang ditetapkan oleh bank pusat di negara yang berbeza.
Trend menurun dalam harga instrumen dagangan. Trend ini dicirikan oleh paras tertinggi yang semakin rendah dan paras terendah yang semakin rendah.
Harga untuk menjual mata wang atau aset.
Perbezaan antara harga bid, atau harga beli (harga yang sanggup dibayar oleh pembeli), dengan harga ask, atau harga jual (harga yang sanggup diterima oleh penjual untuk sekuriti tersebut).
Spread = Ask - Bid



Saham syarikat yang mantap, boleh dipercayai dan mempunyai permodalan pasaran yang tinggi, serta dianggap berisiko rendah.
Carta penunjuk trend yang menunjukkan aset didagangkan dalam jalur sokongan dan rintangan.
Apabila harga sekuriti naik atau turun menembusi garisan trend pada carta.
Siri aliran menaik dalam harga saham. Anda akan melihat paras tertinggi dan paras terendah yang semakin tinggi.
Carta yang memaparkan harga tertinggi, terendah, pembukaan dan penutupan sekuriti bagi tempoh tertentu. Corak pada carta ini kelihatan seperti lilin dengan badan tebal serta garisan “sumbu” yang memanjang dari bahagian atas dan bawah.

Perjanjian antara broker dengan pelanggan untuk membayar perbezaan antara harga pembukaan dan harga penutupan sekuriti.
Corak carta yang menunjukkan dagangan berlaku dalam kawasan sempit yang ditetapkan.
Membeli aset yang sedang meningkat pada harga lebih tinggi kerana takut terlepas peluang memperoleh keuntungan. Tindakan ini sering mengakibatkan kerugian apabila harga aset kembali turun.
Sumber semula jadi dari dalam bumi, seperti mineral dan hasil makanan, yang mempunyai ukuran kualiti yang seragam supaya boleh saling ditukar ganti. Contohnya minyak mentah, gas asli, WTI, perak, emas dan sebagainya.
Ini ialah salah satu petunjuk inflasi yang paling penting dan diterbitkan sebulan sekali. Indeks ini menggambarkan perubahan kos bakul barangan yang dibeli oleh penduduk biasa di AS.
Dalam pasangan mata wang, mata wang kedua ialah mata wang sebut harga. Mata wang inilah yang dibeli. Ia juga dikenali sebagai mata wang sebut harga.
Contoh: EUR\USD, mata wang sebut harga ialah USD
Ini ialah sebut harga bagi dua mata wang yang berbeza, dengan nilai satu mata wang disebut berbanding mata wang yang satu lagi. Dengan kata lain, ini menunjukkan jumlah mata wang negara yang sanggup dibayar untuk mendapatkan mata wang negara lain pada masa ini.
Jumlah liabiliti dibahagikan dengan jumlah hutang sesebuah syarikat.
Kontrak yang nilainya diperoleh daripada aset pendasar seperti indeks, saham, komoditi, mata wang atau kadar faedah. Kontrak ini tidak memberikan pemilikan terhadap aset tersebut.
Akaun ini merupakan platform latihan terbaik untuk pedagang baharu. Akaun ini membantu mereka mempelajari cara berdagang di pasaran melalui terminal menggunakan akaun maya.
Keuntungan syarikat yang dibayar kepada pelabur. Dividen biasanya dibayar setiap suku tahun, tetapi boleh juga dibayar setiap bulan, setiap tahun atau sebagai bayaran khas.
Corak carta candlestick dengan badan yang sangat pendek dan bayang-bayang yang panjang.
Menunjukkan penurunan nilai akaun dagangan daripada paras puncaknya.
Keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan. Ukuran ini digunakan untuk membantu menentukan nilai sesebuah syarikat.
Jadual laporan kerajaan dan ekonomi yang mungkin mempengaruhi pergerakan pasaran.

investing.com
Nilai semasa akaun yang berubah pada setiap tick apabila pelanggan mempunyai posisi terbuka. Nilai ekuiti berubah mengikut jumlah keuntungan dan kerugian terapung daripada dagangan terbuka.
EPS membantu pelabur memahami keadaan kewangan atau kekuatan sesebuah syarikat.
Mata wang rasmi bagi negara anggota Kesatuan Eropah.
Jumlah aset sesebuah syarikat.
Ukuran paling tepat bagi nilai sesebuah syarikat. Nilai perusahaan dibahagikan dengan EBITDA. Angka yang rendah menunjukkan nilai yang lebih baik.
Harga bagi pasangan mata wang. Juga dikenali sebagai kadar FX atau kadar pertukaran mata wang asing.
Corak matematik yang menunjukkan kawasan rintangan pada carta.
Ini ialah untung dan rugi yang belum direalisasikan, dan nilainya berubah setiap saat seiring dengan perubahan harga.
Perbezaan antara harga Bid dengan harga Ask yang berubah-ubah mengikut keadaan pasaran, termasuk perubahan harga akibat peningkatan permintaan atau penawaran.
Pasaran tempat mata wang kerajaan didagangkan. Istilah lazim lain bagi forex ialah pasaran mata wang, pertukaran asing dan FX.
Aktiviti membeli atau menjual CFD atau kontrak niaga hadapan di bursa bagi mata wang kerajaan dan/atau mata wang kripto.
Indeks Financial Times Stock Exchange 100. Indeks ini terdiri daripada 100 syarikat terbesar yang disenaraikan di Bursa Saham London.
Bahagian pada carta yang tiada sebut harga. Jurang harga paling kerap berlaku antara sesi dagangan atau apabila harga berubah dengan pantas susulan berita.
Mata wang rasmi United Kingdom.
Kaedah pengurusan risiko dalam dagangan.
Contoh: membuka posisi dagangan dalam arah yang bertentangan bagi instrumen yang sama.
Apabila opsyen mencapai titik harga aset pendasar.
Petunjuk tentang keadaan pasaran kewangan atau industri tertentu. Dalam erti kata lain, ukuran yang mencerminkan sentimen pasaran pada waktu tertentu.
Graf khas yang dikira secara matematik untuk membantu pedagang mencari masa yang paling sesuai untuk membuka dagangan dan meramalkan pergerakan harga pada masa hadapan.

Perubahan harga yang masuk ke dalam sistem dagangan tanpa diminta dan sentiasa diterima secara automatik.
Dalam konteks kewangan, instrumen ialah aset yang boleh dibeli, dijual atau didagangkan. Istilah ini biasanya merujuk kepada saham, pasangan mata wang atau komoditi, tetapi boleh juga merujuk kepada apa-apa yang bernilai dan boleh didagangkan.
Seseorang yang melabur dalam instrumen kewangan untuk memperoleh keuntungan. Saham, bon, emas, minyak, pasangan mata wang dan PAMM sangat popular dalam kalangan pelabur.
Akaun milik pedagang syarikat broker yang telah mengamanahkan urus niaganya kepada pengurus PAMM untuk diuruskan.
Kali pertama sesebuah syarikat menawarkan sahamnya untuk dijual kepada orang ramai.
Mata wang rasmi Jepun.
Jenis carta pada platform dagangan yang membolehkan pedagang meneliti turun naik harga pasaran sesuatu instrumen. Setiap candlestick mempunyai 2 bahagian: badan (kawasan antara harga Buka dan Tutup) dan bayang-bayang\sumbu (perbezaan antara badan dengan harga Tinggi\Rendah).
Indeks ini terdiri daripada sepuluh petunjuk makroekonomi yang paling penting. Indeks ini meramalkan perkembangan ekonomi dalam beberapa bulan akan datang. Petunjuk awal boleh membantu meramalkan masa, magnitud dan tempoh keadaan ekonomi dan perniagaan pada masa hadapan.
Instrumen yang membolehkan anda membuka posisi yang lebih besar daripada modal anda.
Jumlah yang anda sanggup bayar untuk membeli atau menjual sekuriti.
Istilah ini menunjukkan betapa mudahnya sesuatu sekuriti ditunaikan (dijual).
Ini ialah syarikat kewangan terbesar yang membantu syarikat broker menyediakan sebut harga yang boleh dipercayai dan pelaksanaan pesanan serta-merta kepada pelanggan.
Membeli aset dengan menjangkakan harganya akan meningkat.
Jumlah dagangan bagi sesuatu instrumen, contohnya 1 Lot = 100,000 untuk pasangan mata wang dan 1 Lot = 1 saham untuk CFD saham.
Ini ialah titik terendah yang pernah dicapai oleh harga dalam tempoh masa tertentu.
Statistik ini mengira purata julat harga untuk menunjukkan arah aliran sesuatu sekuriti. Penunjuk carta garis ini melicinkan turun naik harga untuk menunjukkan arah aliran, sokongan dan rintangan.

Moving Average Convergence Divergence. Purata bergerak eksponen jangka panjang dan jangka pendek. Purata ini membantu pedagang melihat perubahan harga serta arah aliran menaik atau menurun.
Jumlah dana tertentu yang diperlukan dalam akaun anda apabila anda menggunakan leveraj untuk berdagang.
Anda perlu mendepositkan lebih banyak dana ke dalam akaun atau menutup sebahagian dagangan untuk mengelakkan semua dagangan ditutup secara automatik. Situasi ini berlaku apabila baki tidak mencukupi untuk mengekalkan posisi bermargin dan tahap margin mencapai 130% atau lebih rendah.
Jumlah nilai semua saham syarikat yang masih beredar.
Broker atau bursa sekuriti yang bersedia membeli atau menjual sekuriti pada bila-bila masa.
Arahan untuk membeli atau menjual pada kadar yang diterima oleh pasaran pada masa itu.
Menggunakan dana pinjaman yang disediakan oleh broker untuk membuka posisi dagangan dengan volum yang lebih besar daripada kemampuan modal sendiri pedagang.
Terminal MT4 ini direka untuk mengurus berbilang akaun secara serentak. Terminal ini amat berguna bagi mereka yang mengurus akaun pelabur dan pedagang yang mengendalikan banyak akaun pada masa yang sama.
Indeks yang merangkumi 100 syarikat terbesar di A.S., kebanyakannya dalam sektor teknologi dan berkaitan internet, yang disenaraikan di bursa saham Nasdaq.
Salah satu petunjuk ekonomi utama A.S. Angka ini menunjukkan jumlah pekerja bergaji di A.S., tidak termasuk pekerja ladang, kakitangan kerajaan, pekerja isi rumah persendirian dan pekerja organisasi bukan berasaskan keuntungan. Data ini diterbitkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan.
Sebut harga dalam jurang harga atau beberapa tick harga yang jaraknya sangat rapat dan membentuk jurang harga tersebut.
Pembukaan semula pasaran selepas sesi dagangan ditutup sempena cuti umum atau hujung minggu.
Urus niaga beli atau jual yang telah anda buka tetapi belum ditutup.
Jenis penunjuk yang menganalisis pasaran.
Dagangan over-the-counter (OTC). Kaedah membeli saham secara terus antara individu apabila saham tersebut tidak tersedia di bursa negara anda.
Apabila aset berada di luar julat untuk opsyen dilaksanakan.
Wang yang anda terima daripada pelaburan. Wang ini bukan hasil kerja yang anda lakukan secara aktif atau pendapatan daripada pekerjaan.
Saham syarikat kecil yang berharga kurang daripada $5 sesaham.
Nisbah harga kepada pendapatan. Nisbah ini membandingkan harga semasa sesuatu saham dengan pendapatan sesaham syarikat dengan membahagikan harga saham ekuiti dengan pendapatan tahunannya. Nisbah ini memberikan anggaran kasar nilai aset dan bilangan tahun anda perlu memiliki aset tersebut untuk mendapatkan semula kos saham itu.
Unit yang mengukur perubahan kadar pertukaran bagi pasangan mata wang. Biasanya, satu pip ialah 1/10,000 atau 0.0001% daripada aset.
Contoh: EUR\USD - 1.19385, 1 pip = digit 5
Keseluruhan kumpulan aset yang dimiliki atau dikawal oleh pedagang.
Ini ialah pendapatan pedagang daripada sesuatu transaksi.
Dalam pasangan mata wang, mata wang kedua ialah mata wang sebut harga. Mata wang ini ialah mata wang yang dibeli. Ia juga dikenali sebagai mata wang lawan.
Contoh: EUR\USD, mata wang sebut harga ialah USD
Ini ialah perbezaan antara paras harga maksimum dengan minimum dalam tempoh tertentu.
Pulangan tunai bagi setiap lot yang didagangkan.
Keuntungan atau kerugian daripada dagangan yang dikekalkan semalaman hingga hari dagangan berikutnya.
RSI ialah penunjuk momentum yang mengukur kelajuan dan perubahan pergerakan harga, serta dipaparkan sebagai nombor antara sifar hingga 100. RSI menunjukkan keadaan terlebih jual dan terlebih beli yang menandakan kemungkinan berlakunya trend dan perubahan trend.

Kaedah dagangan harian yang sering digunakan untuk membuat banyak dagangan dengan pantas. Kaedah ini memanfaatkan perubahan harga yang sangat kecil.
Menjual aset dengan jangkaan harganya akan menurun.
Menjual sekuriti yang tidak dimiliki oleh penjual dengan jangkaan harganya akan turun, kemudian membelinya semula pada harga yang lebih rendah untuk memperoleh keuntungan.
Perbezaan antara harga dagangan yang dijangka dengan harga dagangan sebenar. Ia ialah perubahan harga dari masa pesanan dibuat hingga pesanan dilaksanakan.
Indeks yang merangkumi 500 syarikat terbesar di A.S. yang sahamnya didagangkan secara awam. Indeks ini boleh digunakan sebagai salah satu petunjuk keadaan ekonomi A.S.
Perubahan harga yang tidak dijangka berbanding sebut harga sebelumnya. Lonjakan harga sentiasa menandakan keadaan pasaran yang tidak menentu.
Harga semasa bagi pasangan mata wang.
Perbezaan antara harga ask/beli dengan harga bid/jual.
Paras yang ditetapkan terlebih dahulu. Pada paras ini, anda mengarahkan broker untuk menjual sekuriti jika nilainya jatuh. Paras ini boleh ditetapkan sebagai peratusan perubahan atau pada harga tertentu.
Situasi apabila tahap margin jatuh di bawah paras tertentu dan broker mula menutup posisi secara automatik. Situasi ini juga dipanggil panggilan margin.
Yuran yang dikenakan untuk mengekalkan posisi terbuka semalaman.
Pesanan kepada broker untuk menutup dagangan apabila harga mencapai paras yang ditetapkan.
Pergerakan minimum harga instrumen ke atas atau ke bawah.
Platform perisian untuk berdagang yang membolehkan anda mengakses pasaran kewangan antarabangsa dan berdagang pelbagai instrumen.
Pesanan kekal untuk menjual ekuiti anda apabila nilainya jatuh pada peratusan tertentu di bawah nilai tertinggi yang dicapai semasa anda memilikinya.
Garis pada carta yang menunjukkan arah pergerakan harga instrumen. Garis ini dibentuk dengan menyambungkan tiga atau lebih puncak atau lembah.
Mata wang rasmi Amerika Syarikat.
Kadar perubahan harga dalam tempoh tertentu.
Volatiliti yang lebih tinggi menyebabkan spread lebih besar.
Bilangan kali sesuatu sekuriti dibeli atau dijual dalam tempoh tertentu, biasanya sehari.
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!