Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Apakah Isyarat Dagangan Forex dan Bagaimanakah Isyarat Ini Berfungsi?

Isyarat Forex membantu pedagang mengenal pasti peluang terbaik untuk memasuki atau keluar daripada pasaran. Isyarat dagangan mencerminkan inovasi dalam industri FX yang membolehkan pelabur menambah baik pendekatan mereka untuk melakukan salah satu perkara yang paling mencabar – mengenal pasti peluang dagangan yang berpotensi menguntungkan.

None

Tujuan utamanya adalah untuk memberikan cadangan atau panduan tentang cara berdagang aset pendasar dalam jangka masa atau pada nilai tertentu. Sama ada anda pedagang baharu atau pelabur berpengalaman, isyarat dagangan harian memberi anda peluang untuk menambah baik strategi dan memperluas potensi keuntungan setiap dagangan.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara isyarat Forex berfungsi, jenis-jenisnya dan sebab untuk mempertimbangkannya.

Mengapa Pedagang Patut Mempertimbangkan Isyarat Forex?

Perkhidmatan isyarat Forex yang boleh dipercayai bermanfaat kepada setiap pelabur tanpa mengira tahap pengalaman atau latar belakang. Bagi pemula, isyarat dagangan membantu mereka mempelajari kemahiran penting sambil berdagang dalam keadaan pasaran sebenar, sekali gus memudahkan proses pembelajaran. Bagi pedagang profesional pula, maklumat dan cadangan yang menyeluruh tentang pilihan dagangan terbaik berdasarkan keadaan pasaran semasa boleh membantu meningkatkan pendekatan dagangan mereka.

Walau bagaimanapun, isyarat Forex hanya berguna jika digunakan tepat pada masanya. Pasaran Forex sentiasa bergerak. Ini bermakna sesetengah isyarat mungkin tidak lagi sesuai atau boleh digunakan jika tidak dijana dengan segera. Oleh itu, kunci kejayaan ialah mendapatkan isyarat Forex yang relevan tepat pada masanya. Pastikan penyedia isyarat Forex anda menyampaikan maklumat dengan lengkap supaya anda tahu apabila peluang dagangan yang menguntungkan bakal muncul.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Jenis Isyarat Forex untuk Digunakan

Jenis isyarat dagangan yang anda terima bergantung pada penyedia isyarat Forex. Biasanya, pelabur menerimanya melalui pemberitahuan, alat tambah terbina dalam atau e-mel terus daripada pasukan sokongan broker. Kami akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut sebentar lagi. Buat masa ini, mari kita lihat jenis utama isyarat dagangan harian yang boleh anda terima:

  1. Isyarat Dagangan Manual dan Automatik. Jenis isyarat bergantung pada cara isyarat itu dijana. Pedagang berpengalaman atau profesional menghantar isyarat manual, manakala perisian menjana isyarat automatik berdasarkan algoritma khusus industri.
  2. Isyarat Dagangan Berbayar dan Percuma. Sesetengah penyedia menjana isyarat dagangan secara percuma, manakala yang lain mengenakan bayaran. Pastikan anda memahami terma langganan atau jenis akaun anda.
  3. Isyarat Dagangan untuk Keluar dan Masuk Pasaran. Bergantung pada penyedia isyarat, pelabur mungkin hanya menerima isyarat masuk yang dijana untuk membantu mereka menentukan masa terbaik untuk membuka posisi. Platform lain pula hanya menghantar isyarat keluar, sekali gus memudahkan anda menentukan masa untuk menutup posisi. Biasanya, anda mungkin menggunakan isyarat khusus ini hanya untuk dagangan jangka panjang.

Penyedia Isyarat Forex

Kami telah membincangkan bahawa jenis isyarat dagangan bergantung pada platform atau pedagang profesional. Kedua-duanya boleh menjadi penyedia isyarat Forex. Ini bermakna isyarat dijana sama ada secara manual atau automatik.

Manual Penyedia isyarat Forex menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka untuk menjana maklumat berdasarkan analisis teknikal dan gambaran keseluruhan pasaran.

Automatik Penyedia isyarat Forex automatik ialah perisian komputer yang menggunakan algoritma khusus dan keadaan pasaran untuk menjana isyarat dagangan. Expert Advisory (EA) ialah salah satu penjana dan penyedia isyarat automatik terbina dalam yang paling popular, serta disepadukan dengan platform MT4. Sistem ini menggunakan pelbagai jenis penunjuk ramalan matematik seperti Stochastic, Moving Average dan sebagainya.

Kelebihan Menggunakan Isyarat Forex

Isyarat Forex ialah alat yang sangat fleksibel dan berkesan untuk pemula serta pedagang profesional apabila digunakan tepat pada masanya. Antara manfaat utamanya termasuk:

  • Anda boleh mendapatkan isyarat apabila menggunakan apa-apa strategi dagangan. Isyarat boleh dijana melalui analisis teknikal, analisis fundamental, sentimen pasaran dan pelbagai saluran lain.
  • Isyarat mengurangkan masa yang diperlukan untuk melaksanakan dagangan dengan jayanya. Jika anda bukan pedagang sepenuh masa, anda mungkin mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab lain yang perlu diuruskan setiap hari. Dengan isyarat dagangan, anda menerima cadangan yang sedia digunakan apabila tiba masanya untuk masuk atau keluar dari pasaran.

Walau bagaimanapun, alat ini bukan sahaja mendatangkan manfaat. Penggunaannya mungkin melibatkan risiko, terutamanya jika isyarat tidak digunakan tepat pada masanya. Oleh itu, pakar mengesyorkan agar anda bermula dengan saiz lot yang lebih kecil. Selain itu, sentiasa pertimbangkan pendekatan pengurusan risiko dan wang, jangan berdagang melebihi kemampuan anda dan cuba kawal emosi.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.