Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Petua untuk Menjadi Pedagang NFT

Menjadi pedagang NFT boleh membuka banyak peluang untuk memperoleh keuntungan. Aset ini mencatat jumlah jualan yang luar biasa, melebihi $2.5 bilion pada separuh pertama tahun 2021. Hal ini menarik semakin ramai bakal pelabur yang ingin menceburi dagangan NFT.

None

Pada masa yang sama, aset ini masih baharu, sekali gus menyukarkan pedagang baharu untuk berdagang dengannya. Kebanyakan pengguna langsung tidak tahu dari mana hendak bermula. Selain itu, mereka berdepan kerumitan tambahan untuk memahami tanggungjawab cukai dan kaedah berdagang NFT.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa petua asas tentang cara menjadi pedagang NFT dan memilih model yang sesuai dengan pilihan serta teknik pelaburan anda.

Apakah Maksud Berdagang NFT?

Langkah pertama untuk menjadi pedagang NFT yang berjaya ialah menimba ilmu. Aset ini menunjukkan pertumbuhan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selain itu, aset ini berjaya menjana pendapatan tambahan walaupun ketidaktentuan ekonomi terus mencengkam pasaran. Dalam keadaan ini, dagangan NFT kelihatan seperti instrumen yang baik untuk melabur ketika pasaran menurun.

Penerangan NFT untuk Pemula

Pada masa yang sama, sukar untuk menjana keuntungan tanpa mengetahui maksud NFT dan cara ia berfungsi. Secara ringkasnya, contoh yang dimaksudkan ialah barangan koleksi digital yang dijadikan aset yang boleh disahkan. Aset ini ditambahkan pada rangkaian blockchain, membolehkan pelabur membeli dan menjualnya.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Apabila anda berdagang NFT, anda sebenarnya berdagang token. Setiap token tidak boleh ditukar ganti. Token mewakili pemilikan seseorang terhadap objek asas yang unik dan biasanya merujuk kepada harta intelek. Berikut ialah beberapa contoh token NFT dan harta yang diwakilinya:

  • Nama domain.
  • Ciapan selebriti.
  • Item permainan dalam talian (senjata, kelengkapan dan sebagainya).
  • Karya muzik dan seni digital.

Token NFT boleh digunakan untuk mewakili apa-apa harta unik yang merangkumi hasil karya seseorang dalam bidang hiburan, kreatif dan bidang lain.

Jenis dagangan NFT

Langkah seterusnya ialah mengenal pasti cara anda merancang untuk berdagang NFT. Langkah ini boleh menjadi agak mencabar kerana aset ini menawarkan beberapa pendekatan berbeza untuk dipilih. Selepas itu, anda perlu memilih platform dagangan NFT yang sesuai untuk membuat pesanan.

Jadi, tiga cara utama untuk berdagang NFT adalah seperti berikut:

1. Beli dan jual NFT

Membeli dan menjual NFT merupakan cara yang paling meluas dan praktikal untuk berdagang aset ini. Selain itu, cara ini paling mudah untuk bermula, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna baharu. Anda hanya perlu belajar cara berdagang mata wang kripto, kerana NFT didagangkan dalam rangkaian blockchain.

Untuk membeli atau menjual instrumen ini, anda perlu mencari pasaran khusus atau platform dagangan NFT. Kebanyakannya hanya menyokong dompet kripto digital. Jadi, pastikan anda mempunyai satu. Sesetengah platform terkemuka juga membolehkan pengguna membeli NFT melalui kaedah pembayaran lain, termasuk kad kredit dan kad debit, tetapi hanya beberapa platform yang menawarkan pilihan ini.

Selain melalui pasaran, aset ini juga boleh dibeli menerusi aplikasi khusus. Antaranya termasuk aplikasi untuk artis dan pemuzik popular yang menawarkan NFT untuk dibeli menggunakan pelbagai pilihan pembayaran. Untuk mendapatkan token itu, anda perlu memindahkan wang. Maklumat tersebut akan direkodkan pada blockchain dan akhirnya, anda akan menemui token NFT itu dalam dompet kripto digital anda.

2. Melabur dalam NFT

Jika anda tidak bercadang untuk menjual NFT itu dengan segera, anda boleh menggunakan pendekatan pelaburan jangka panjang, walaupun pendekatan ini tidak begitu popular dalam kalangan pedagang NFT. Walau apa pun, pendekatan ini masih merupakan pilihan yang baik untuk mempelbagaikan portfolio anda.

Cabaran utamanya ialah nilai masa depan token NFT hampir mustahil untuk diramalkan. Sudah tentu, pedagang boleh menggunakan beberapa kaedah untuk membuat kajian. Namun begitu, anda masih perlu banyak bergantung pada komuniti. Aset ini tidak disokong atau dikawal selia oleh institusi kewangan. Hanya orang ramai yang menentukan sama ada sesuatu projek itu layak mendapat perhatian mereka atau tidak. Hal ini memastikan komuniti terbentuk secara semula jadi.

Selain itu, anda perlu menyemak cara NFT itu dicipta. Adakah penciptanya seseorang yang terkenal? Atau adakah aset itu dicipta secara tanpa nama? Adakah penciptanya individu atau organisasi? Sentiasa perhatikan reputasi dan kebolehpercayaan jenama atau artis tersebut.

Faktor-faktor berikut penting untuk dipertimbangkan:

  • Melabur dalam satu NFT edisi 1/1 yang dicipta oleh artis yang dikenali di seluruh dunia.
  • Semak sama ada pembelian anda merangkumi bukan sahaja token, tetapi juga hak dan royalti.
  • Token boleh mewakili sebidang tanah maya yang menjana aliran pendapatan pasif.
  • Cari manfaat tambahan seperti tiket percuma, akses VIP ke acara tertutup dan acara di sebalik tabir, dan sebagainya.

Semua perkara yang dinyatakan di atas sesuai untuk mereka yang tidak berniat untuk menjual NFT.

3. Cipta dan Jual NFT

Pilihan terakhir ialah mencipta NFT sendiri dan menjualnya kepada orang ramai. Proses ini agak rumit dan mungkin bukan pilihan yang baik untuk pemula yang kurang berpengalaman. Pertama sekali, anda perlu menentukan jenis NFT yang ingin dicipta. Kedua, anda perlu memutuskan jumlah (kapasiti) token yang ingin dijual.

Kemudian, anda perlu mengurus seluruh proses penciptaan dan penghantaran dari awal, terutamanya jika anda memilih untuk menjadi pencipta tunggal. Anda perlu mengendalikan pembukuan, pembangunan, penghantaran, analisis, pengurusan dan pelbagai fasa lain. Selain itu, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengenal pasti dan mencari khalayak sasaran. Jika tidak, tiada siapa yang akan mahu membeli NFT anda.

Kesimpulannya

Dagangan NFT boleh menjadi alternatif yang baik kepada aset tradisional seperti saham, mata wang, komoditi dan sebagainya. NFT boleh menjadi pilihan yang baik untuk didagangkan semasa krisis apabila pasaran lain merosot. Pada masa yang sama, untuk menjadi pedagang NFT, anda perlu menetapkan matlamat yang jelas dan menentukan cara anda ingin berdagang aset digital ini. Buat persediaan, pelajari selok-beloknya, pastikan anda mempunyai dompet kripto dan instrumen lain yang mungkin diperlukan untuk berdagang token NFT, serta sentiasa berwaspada terhadap potensi risiko.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.