Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Penghindaran risiko semakin meningkat pada hari sebelumnya, sekali gus mendorong dolar AS menghampiri paras tertinggi berbilang tahun, sebelum pembeli dolar AS berehat seketika. Hasil bon Perbendaharaan AS dan niaga hadapan saham juga kurang momentum ketika pedagang menantikan acara penting minggu ini, iaitu Minit FOMC dan PMI Perkhidmatan ISM AS.
Selain kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi, ujian COVID-19 besar-besaran di China mencetuskan khabar angin bahawa negara naga itu bakal dikenakan sekatan pergerakan sekali lagi, sekali gus mengukuhkan penghindaran risiko. Tambahan pula, kesediaan China untuk menyokong Rusia dari segi strategi, bersama-sama dengan Pesanan Kilang AS yang lebih kukuh, menambah tekanan kepada golongan optimis.
Emas kekal lesu berhampiran paras terendah tahun ini, manakala minyak mentah juga cuba pulih selepas jatuh sekitar 9.0% pada hari Selasa. Mata wang antipodean berada dalam tekanan berhampiran paras terendah pada 2022, tetapi mata wang kripto mengejutkan pasaran apabila tidak menunjukkan pergerakan.
Berikut ialah pergerakan terkini aset utama:



Jerman dan Itali mencetuskan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dengan menyuarakan pesimisme berikutan krisis tenaga di blok itu. Data AS yang lebih kukuh turut menyokong kebimbangan tersebut, sekali gus menekan mata wang berbanding dolar AS. Sentimen negatif menekan harga emas, manakala minyak mentah menjunam paling banyak dalam tempoh empat bulan walaupun terdapat khabar angin mengenai kekurangan bekalan.
Perlu diperhatikan bahawa kebimbangan terhadap perintah berkurung di China dan kemuncak krisis Rusia-Ukraine mengukuhkan sentimen mengelak risiko. Namun, Wall Street berjaya ditutup bercampur-campur menjelang musim laporan pendapatan suku kedua 2022.
Perlu dinyatakan bahawa krisis politik di UK dan cabaran terhadap skim ECB untuk menangani krisis masing-masing menekan EUR dan GBP. Selain itu, dolar Australia dan New Zealand terus merosot kerana kedua-duanya bergantung pada komoditi dan China, serta berfungsi sebagai penunjuk risiko. Bagaimanapun, hasil Perbendaharaan melantun semula dan menguji pembeli USDJPY.
Beli kuat: USDCAD
⏬ 🔴 Jual kuat: Nasdaq, perak, ETHUSD
⬆️ 🟢 Beli: Indeks USD, USDJPY
⬇️ 🔴 Jual: DAX, FTSE 100, emas, BTCUSD
Pedagang menantikan minit mesyuarat Fed terkini sebelum meneruskan pergerakan panik pada hari sebelumnya. Jika Minit FOMC menunjukkan optimisme berhati-hati dalam kalangan Fed, pesimisme terkini mungkin mengalami lantunan sementara menjelang laporan NFP AS pada Jumaat. Selain itu, PMI Perkhidmatan ISM AS juga perlu mengatasi ramalan yang suram dan mencatat bacaan melebihi keluaran sebelumnya untuk mengekalkan minat terhadap USD.
Manfaatkan trend bersama Broker terbaik di Asia Pasifik. Kami menawarkan syarat dagangan yang menarik, perkhidmatan Copy Trade berkualiti tinggi dan program rujukan IB yang memenangi pelbagai anugerah.
Berdagang dengan selamat dan nikmati keadaan dagangan yang paling menguntungkan bersama MTrading!
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!