Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Saham global kembali menghampiri paras terendah yang dicatatkan pada 2020. Sementara itu, sentimen pasaran tertekan akibat kenaikan kadar faedah yang pesat serta peristiwa geopolitik, termasuk krisis Rusia-Ukraine, langkah-langkah China mengekang COVID-19 dan lain-lain.
Pasaran bon Britain mendapat sedikit ruang untuk bernafas selepas Bank of England mengumumkan bahawa pihaknya akan mula membeli bon berkaitan inflasi. Namun, tempoh rehat itu tidak cukup untuk memulihkan pasaran bon. Pada masa yang sama, pasaran saham Eropah semakin merosot dengan kejatuhan meluas.
Pasaran saham Asia Pasifik juga tidak terkecuali. Pasaran ini turut merosot semula ke paras terendah dalam tempoh 2 tahun. Saham di luar Jepun jatuh sebanyak 2%. Keadaan ini berpunca daripada sekatan eksport AS yang terus menjejaskan pengeluar cip dan penerbit saham teknologi China. Hal ini bukan sahaja menjejaskan pasaran saham China, malah pembangunan teknologinya.



Wall Street juga berdepan masalah. Sekali lagi, pasaran dijangka dibuka lebih rendah, berdasarkan keadaan dagangan niaga hadapan saham AS.
Akhirnya, indeks saham global MSCI merosot sebanyak 0.5% dan kembali menghampiri paras terendah pada tahun 2020. Pakar mengatakan pasaran sedang menuju ke arah kemerosotan ekonomi yang serius. Bank-bank pusat tiada pilihan selain mengetatkan dasar monetari, yang akan memberi kesan negatif kepada pasaran saham.
Keadaan mungkin tidak begitu buruk dalam jangka panjang. Namun, ahli ekonomi yakin bahawa beberapa bulan akan datang bakal mencabar. Saham pasaran sedang pesat membangun juga berdepan kesukaran dan jatuh ke paras terendah sejak April 2020. Harga saham merosot lebih teruk berbanding semasa krisis kewangan global yang tercetus pada tahun 2008.
Dalam keadaan ini, pelabur perlu menyusun portfolio mereka dengan baik dan mempelbagaikannya. Selain itu, sebaik-baiknya gunakan teknik terbukti yang membantu pedagang bertahan ketika kejatuhan pasaran sebelum ini. Gunakan copy trading untuk memilih pakar dan mengikuti strateginya, bukan sahaja untuk melindungi modal anda, malah untuk mengembangkan kekayaan.