Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Apakah saham biasa dan bagaimana cara melabur dalamnya?

Saham biasa ialah sejenis sekuriti khusus yang boleh anda laburkan. Saham ini juga dikenali sebagai saham biasa, saham mengundi atau saham ordinari, dan mewakili pemilikan anda dalam ekuiti syarikat. Jika anda memegang saham biasa, anda berhak menuntut bahagian keuntungan organisasi yang menjadi hak anda. Anda juga boleh mengambil bahagian dalam pemilihan lembaga pengarah, mengundi dasar korporat yang penting dan menyertai aktiviti lain yang berkaitan dengan syarikat.

None

Dari segi pelaburan, sekuriti ini boleh menjadi cara yang baik untuk membina kekayaan. Namun, anda perlu menggunakan kaedah penilaian saham biasa yang berkesan untuk menilai aset tersebut dan memilih saham yang memenuhi keperluan pelaburan khusus anda. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan maksud saham biasa, perbezaan antara saham keutamaan dengan saham biasa, serta kelebihan dan kekurangan utama sekuriti ini.

Cara Saham Biasa Berfungsi

Apakah saham biasa? Saham biasa mewakili pemilikan pelabur dalam syarikat yang menerbitkannya. Bayangkan sebuah organisasi yang menunjukkan prestasi cemerlang dan pertumbuhan nilai aset yang pesat. Ini bermakna nilai saham biasa anda sebagai bahagian pemilikan dalam syarikat itu turut meningkat, sekali gus meningkatkan nilai sekuriti tersebut.

Sebaliknya, syarikat yang menunjukkan prestasi kurang baik tidak dapat menjamin nilai saham biasa yang tinggi. Malah, nilai saham tersebut berkemungkinan menurun pada pandangan pelabur. Oleh itu, saham biasa merupakan aset yang membolehkan pedagang turut merasai naik turun prestasi syarikat dalam jangka panjang.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Apakah Hak Anda sebagai Pemegang Saham Biasa?

Pertama sekali, terdapat dua jenis utama saham biasa: saham dengan hak mengundi dan saham tanpa hak mengundi. Syarikat yang sama boleh menerbitkan kedua-dua jenis saham biasa ini. Contohnya, saham Kelas A Google yang disenaraikan di NASDAQ (GOOGL) mempunyai hak mengundi, manakala saham Kelas C (GOOG) tidak mempunyai hak mengundi.

Hak pemegang saham biasa termasuk hak mengundi untuk perubahan dalam lembaga pengarah, memilih pengarah syarikat, mengundi tentang pemecahan saham, perubahan dasar dan urusan korporat yang lain.

Bagaimanakah Saya Boleh Mendapatkan Pendapatan daripada Saham Biasa?

Keuntungan boleh diagihkan melalui pelbagai cara. Lazimnya, syarikat menggunakan kaedah dividen. Ini bermakna setiap pemegang saham berhak menerima bahagian keuntungan yang berkadar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Contoh: Katakan anda memiliki saham biasa dalam sebuah syarikat yang akan membayar dividen sebanyak $10 juta. Syarikat itu mempunyai 20 juta pemegang saham yang masing-masing menerima bahagian keuntungan secara berkadar. Setiap pelabur akan menerima $0.50 bagi setiap saham biasa yang dimilikinya

Kebaikan dan Keburukan Saham Biasa

Di satu pihak, sekuriti jenis ini berpotensi memberikan keuntungan maksimum, bergantung pada kaedah penilaian saham biasa yang anda pilih. Di pihak yang lain, pemegang saham biasa berada di kedudukan terakhir untuk memperoleh keuntungan apabila prestasi syarikat merosot. Selain itu, saham biasa mendapat keutamaan paling rendah sekiranya penerbitnya muflis. Dengan kata lain, anda mungkin tidak menerima apa-apa jika syarikat itu ditutup dan saham biasa tersebut tidak lagi bernilai. Pertimbangkan kebaikan dan keburukan berikut sebelum memilih sekuriti ini untuk pelaburan.

Kebaikan

  • Pemegang saham mempunyai hak mengundi.
  • Nilai saham biasa boleh meningkat tanpa had.
  • Anda tidak perlu membayar cukai sehingga anda menjual saham.

Keburukan

  • Harga boleh turun naik dengan sangat ketara.
  • Prestasi syarikat yang lemah boleh menyebabkan nilai saham menjadi sifar.
  • Saham biasa berada di kedudukan terakhir untuk menerima dividen, selepas saham keutamaan.
  • Keutamaan paling rendah sekiranya syarikat muflis atau ditutup.

Saham Keutamaan berbanding Saham Biasa

Saham keutamaan ialah satu lagi jenis utama sekuriti. Saham ini berbeza daripada saham biasa kerana kadar dividennya tetap dan tidak berubah mengikut masa atau prestasi syarikat. Nilai saham keutamaan juga kurang terdedah kepada turun naik. Hal ini mungkin membuatkan anda beranggapan bahawa sekuriti ini ialah pilihan yang lebih baik. Namun, saham biasa masih mempunyai potensi keuntungan yang lebih tinggi dalam jangka panjang.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.