Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Untuk menerangkan dasar fiskal, kita perlu memahami infrastruktur kewangan yang diwujudkan bagi memastikan ekonomi terus berjalan lancar. Dalam erti kata lain, dasar fiskal ialah proses kerajaan membantu ekonomi terus berfungsi dengan baik. Kebanyakan daripada anda mungkin sudah sedia maklum bahawa cukai ialah salah satu komponen utama (kita semua membayarnya). Untuk mentakrifkan dasar fiskal, kita juga perlu mempertimbangkan faktor lain dalam hampir setiap langkah perundangan yang diambil oleh kerajaan untuk merangsang ekonomi.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui maksud dasar fiskal dan cara kerajaan boleh melaksanakannya. Kami juga akan membincangkan beberapa komponen utamanya serta perbezaannya daripada dasar monetari.
Pada asasnya, dasar fiskal ialah proses perundangan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal atau memacu ekonomi. Matlamat utamanya adalah untuk mencapai pertumbuhan pesat dan meningkatkan skala ekonomi melalui beberapa instrumen konvensional yang lazimnya merangkumi percukaian dan perbelanjaan. Ahli ekonomi British John Maynard Keynes memperkenalkan dasar fiskal sebagai konsep yang mempengaruhi pelbagai faktor makroekonomi, termasuk pertumbuhan, inflasi, penawaran dan permintaan, kadar guna tenaga serta faktor penting yang lain.
Matlamat utama dasar fiskal bukan sekadar untuk meningkatkan ekonomi, tetapi juga untuk mengelakkan ekonomi beroperasi dalam keadaan yang melampau (contohnya, kemelesetan atau pertumbuhan yang tidak terkawal). Dasar ini bertujuan mengoptimumkan dan menstabilkan ekonomi. Ia juga membantu mengawal kitaran perniagaan dan mengawal selia pasaran kewangan.



Kerajaan mempunyai dua instrumen asas untuk mencapai matlamat utama dasar fiskal. Instrumen tersebut ialah:
Semakin banyak kerajaan berbelanja, semakin tinggi kemungkinan lebih banyak wang disalurkan semula ke dalam ekonomi negara. Akibatnya, permintaan terhadap barangan tertentu yang dihasilkan oleh sektor swasta dan penyedia perkhidmatan meningkat.
Untuk mengurus ekonomi dengan baik, kerajaan lazimnya mempunyai dua instrumen utama, iaitu dasar fiskal dan dasar monetari. Walaupun kedua-duanya mungkin kelihatan serupa pada pandangan pertama, terdapat beberapa perbezaan penting:
Walaupun menggunakan instrumen yang berbeza, kedua-dua dasar ini mempunyai matlamat yang sama, iaitu memperbaik keadaan ekonomi dan memastikan ekonomi berjalan lancar.
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.